Bermula dengan Bismillah... Asalammualaikum Wr Br...
Apa khabar semua, harap smua sihat di hari ahad nie.. Maaflah kalau aku tak "update" blog buat dua tiga hari yg lepas nie.. Aku sibuk dengan latihan dikir di sekolah Nanyang Poly sempena rumah terbuka sekolah itu..
Semalam adalah hari terakhir rumah terbuka sekolah itu... Kami mengadakan persembahan dikir barat .. dan aku menjadi juara untuk dikir barat sekolah itu.. aku Harus berada di sekolah pada jam 9 pagi... Tapi aku cuma dapat hadirkan diri hanya pada jam 10.30 pagi... Kerana , aku telah meneman serorang yg pernah ketika itu aku ada "crush" , untuk ke temuduga kerja di toa payoh... Alhamdullilah dia dapat perkerjaan tersebut... Selepas temuduga tersebut, kami pun terus menuju ke Nanyang poly untuk bersiap sedia untuk persembahan tersebut..
Sebelum persembahan itu , seorang lagi teman aku telah membuat perjanjian untuk bertemu.. Ekinn.. setelah bertemu dengan Ekinn , kami pun menuju ke belakang pentas dan bersedia untuk persembahan kami... Tidak ku sangka bahawa budak2 dikir barat nanyang poly, boleh dikatakan hebat pada hari itu , kerana persembahan mereka sangat menakjubkan dari segi ragam sehingga ke segi suara awok2 yg mampat..!! Aku sangat berpuas hati pada hari itu , kerana aku tidak merasakan bahawa pengorbanan ku ulang alik dari rumah ke sekolah tersebut untuk melatih mereka adalah sia-sia.. Mereka telah membuktikan aku bahawa mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun kami lebih banyak menghabiskan masa ketawa dan mengutuk antara sesama.. hehe.. Well done guys...
Selepas selesai persembahan tersebut, Aku , Ekinn dan Razean yg bergelar diri kami Rafikin atas sebab sambungan tiga nama.. hehe.. menuju ke Bugis Village.. Tetapi sebelum itu , kami pegi makan dahulu di macdonald sekolah tersebut.. Oleh disebakan murah.. sebab itu lah kami makan dahulu .. heheh.. :p~ Lepas itu kami pun menuju ker Bugis village untuk membeli gelang tangan yg dikirim oleh rakan2 ibuku.. Selepas membeli kami pun "window shopping" aja.. oleh disebakan penat , kami terus berehat seketika dan memetik - metik gambar .. hehe.. ini adalah kali pertama kami bertiga keluar bersama.. Adakala nya aku juga merasa bosan seketika.. kerana Ekinn dan Razean adalah sedara.. dan kadangkalanya mereka berbual antara sesama tentang masalah keluarga mereka , dan aku tidak ingin masuk campur.. jadi haruslah berdiamkan diri .. Tetapi aku ok.. hehe..
Semalam juga lepas aja dari bugis, aku harus berpisah.. kerana aku ada latihan dikir Tumpat pula .. latihan "outdoor" di marina bay.. Fuh.. aku sungguh penat semalam.. Hari nie.. aku bangun jam 12 petang .. walaupun semalam aku tidur pada jam 10 malam.. haha..
Hmm.. Nie lah kisahnya mengapa aku tidak update blog.. jadi jangan lah complain ye.. hehe.. tima kasih kerana tetap sudi melungsuri blog aku walaupun taidak di"update" sayang korang bnyk2.. hehe. .. >p~
Dari itu aku meminta diri untuk blah dari sini.. hehe..
Sekian.. wasalam...
`...haFizciplak
3:59 PM
"Jangan memandang ke bawah(untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak)sebelum memulakan langkah ..
Kerana hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh sahaja yang akan menemui jalan sebenar" .::[[HaFizCipLak]]::.
terima kasih kerana sudi jenguk2 blog yang tak seberape ini..
Untuk terus melungsuri, tekan link dibawa.. Sekian.. wasalam...