Friday, June 02, 2006
*[[ ]]*
Bermula dengan Bismillah... Asalammualaikum Wr Br...
Seperti yg dijanjikan semalam, aku akan update kisah yg terjadi semalam.. Aku sesangat gembira kerana aku dapat bersamanya sehingga larut malam dan bergurau senda bersamanya.. "terima kasih syng" =D ..
Hari ini aku tidak kemana cuma akan pergi latihan Dikir sahaja. Semalaman ketika tidur, aku dikejutkan oleh guruh yg sangat kuat hingga jantung terhenti seketika dan mula berdegup sepert dikejar oleh kepala kereta api..;p
seeperti aku janjikan, akan ku sambung kisah semalam.....;p
Aku bertemunya selepas balik kerja , dan kita pun membuat last minute plan untuk ke IMM untuk makan bersama.. Selepas makan kita pun pergi berjalan - jalan di sana.. Kenangan yg sangat pahit/manis bersamanya ialah ketika kita ditahan oleh jejaka yg berkerja di luar "GIANT" .. Nak tahu apasal? ikuti lah kisah selanjutnya.. hehe. ;p
Sebenarnya lelaki itu adalah seorang "Agent" AIA yg menerangkan kita tentang insurans kehidupan.. Kita pun dipaksa duduk buat seketika.. Dgr dia membebel tentang medishield ke ape benda lah..
Dengar pun memang membosankan tetapi buat saja muka seperti ia menceritakan sesuatu yg menarik.. Tapi, dalam hati .. "Allahwualam" ahak.. ;p ..
Aku dan dia pun menolak tawarannya untuk mengambil insurans tersebut, dan dia pun meminta agar kita bertukar fikiran dan hubunginya jikalau ada pertukaran dalam fikiran.. hehe..
Dia meminta agar kita memberi alamat dan nombor telefon .. Kami dengan lebih binjaksana, memberi alamat dan juga nombor telefon yg PALSU!! wahaha.. pandai2 lah dia carik.. kihkihkihk.. Malam yg sangat indah bersama kekasih ku.. =D~
Selepas hantar dia pulang, aku pun hantar diri aku balik rumah.. ;p setibanya di kolong blok , aku membuka peti surat dan alangkah terkejutnya apabila aku menerima surat Perkhidmatan Negara(NS), dengan tidak berlengah kan aku bergegas ke rumah dan membuka surat tersebut.. Tercatat dalam surat tersebut bahawa aku harus melaporkan diri untuk perkhidmatan negara pada 12 haribulan 2006 ..
Tetapi tidak diberitahu di manakah harus aku laporkan diri oleh kerana aku harus pergi untuk 2nd medical check up iaitu pada 07/07/06 ... Selapas itu baru akan aku diberi surat dimanakah aku harus laporkan diri, Polis , Army Atau pun Civil Defense..
Kemungkinan aku akan dapat Polis atau CD , kerana 12 haribulan tu adalah hari selasa.. dan hanya Army sahaja yg harus laporkan diri pada hari jumaat dan sabtu .. Aku berdoa agar aku dapat Polis!! hehe.. pasal suka tangkap orang.. kihkihkih.. =D
Haiz.. cepat betul dah nak masuk NS.. Rambut pun dah kena gunting BOTAK!! Mangkok oi!! .. Jadi anak toyol .. kihkihkih ...
Tak apalah cepat masuk cepat habis , lepas tu simpan duit dah boleh kahwin!! wee~~ ahak...
oklh.. aku nk siap2 nak pergi latihan dikir.. dari itu
Sekian wasalam...
`...haFizciplak
3:54 PM