Itu lah yg sedang bermain difikiran aku ini.. Mengapa? dan apakah maksud ku itu??
Yah.. mungkin sesetengah dari kamu berfikir sedemikian..
"KAWAN?" , "RAKAN?" , "SAHABAT?" kesemuannya adalah satu perkataan .. Serupa tapi tidak sama ?? mustahil!!
Pernah terfikir apakah ketiga2 perkataan tersebut jika kita menambahkan satu lagi perkataan iaitu "KARIB" ... apakah maksud isi perkataan itu akan berubah? seeperti "Kawan Karib" , " Rakan Karib" , Sahabat Karib" .. ianya kelihat lebih mendalam..
TETAPI..!! Bagiku.......
"Sahabat" - adalah seseorang teman yg selalu berada disamping kita walaupun dalam apa jua situasi yg melanda hidup kita, mereka lah tempat mengadu sewaktu kita dalam kesusahan.. Cukup faham dengan gerak geri kehidupan kita..
"Rakan" - Seseorang yg hanya tumpang bergembira bersama kita , tetapi tidak akan kelihatan jikalau kita berada dalam masalah dan akan hilang jikalau diminta pertolongan dari mereka..
"Kawan" - Hanya seorang insan biasa yg hanya perbualan dan teguran yg ringkas jikalau bersua muka di luar... dan tidak akan ketahui sedikit pun tentang hal peribadi kita...
Diketika ini aku sedang melanda dugaan yg tidak pernah ku terfikir akan terjadi dalam hidup ku ini ..
Sesorang yg pernah aku percayai selama 5 tahun aku mengenalinya , dengan secara mendadak dan secara tiba2 perselisih faham ..
Kedengaran diheboh2 kan berita buruk tentang diriku ini terhadap ramai lagi "sahabat" ku yg lain .. Alangkah terkejut nya aku bahawa ia berlaku gara - gara seorang wanita yg pernah aku bersama .. ia kerana "DIA" ingin kan wanita sedemikian menjadi miliknya dan terpaksa berbuat demikian mungkin untuk mendapat kan wanita tersebut..,
Sebenarnya aku tidak lah hairan jikalau dia ingin bersamanya , oleh kerana aku sedar bahawa jodoh ditangan tuhan , dan aku hanyalah seorang insan biasa yang tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempertahankan jika benar mereka sedang bercinta..
Tetapi.. apa yg tidak dapat aku terima sesangat adalah "REKAAN CERITA" yg telah diheboh2kan dari mulut ke mulut.. Apa salah ku hinggan dia berbuat sedemikian , aku tidak pernah terfikir untuk memburuk - burukkan namanya , walaupun beberapa kali dia membuat aku "rimas" dengan kata-katanya itu.. haix..
Dan kerana dia juga , aku hilang lagi seorang "SAHABAT" yg telah aku anggapkan sebagai adik aku sendiri , telah bersama dgnnya untuk memperburuk - buruk kan aku.. Aku tidak pernah berkira diketika mereka ingin kan pertolongan , aku tidak pernah mengira jikalau dia ingin meluangkan masa tetapi dengan tangan "kosong" , Tidak pernah terfikir untuk aku mengira.. tetapi kadang kala , aku kelihatan dipergunakan....
Ia , mungkin kerana mereka ingin bergembira dengan "free2" oleh kerana aku ada "hasil" diketika itu?? Jikalau tidak , mengapa dia sanggup berjabat tangan dengan seorang yg pernah ku gelarkan "sahabat" ku untuk memburuk2 kan nama ku dengan orang yang aku rapat???!! iaitu "Kekasih" lama aku sendiri??!!!
Argh!!! Berbagai perasaan yang timbul dalam diriku buat masa ini.. aku "keliru" Mungkin ini adalah satu2 cabar di dunia yang harus aku terima , pertama hilang seseorang yang aku amat sayangi hingga masa kini , kedua hilang mereka2 yang pernah aku gelarkan "SAHABAT" ku ini..
Mungkin mulai dari saat ini , aku harus berhati2 untuk percaya seseorang itu..
Mungkin sampai sini sahaja aku meluahkan isi hati ku ini.. dari itu ingat lah.. jangan seperti "kacang lupakan kulit" ...
--HaFizCipLak-
`...haFizciplak
5:23 PM
"Jangan memandang ke bawah(untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak)sebelum memulakan langkah ..
Kerana hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh sahaja yang akan menemui jalan sebenar" .::[[HaFizCipLak]]::.
terima kasih kerana sudi jenguk2 blog yang tak seberape ini..
Untuk terus melungsuri, tekan link dibawa.. Sekian.. wasalam...